WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Archive for March 2009




Celebrity Collage by MyHeritage

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph

Celebrity Collage by MyHeritage

MyHeritage: Celebrity Collage - Free family tree - Genealogy software

Celebrity Collage by MyHeritage

MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celebrity - Collage - Morph

Celebrity Collage by MyHeritage

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph

kuetiaw kungfu vs part3 company


kungfu........dlu ble kte sbut mende ni..mesti pk ganaz..jauhkn dri..tp skang dkejar2 oleh sebilangan peminatnyer...iulah penangan kuetiaw kungfu...siang malam msti ade aje yg mghirup kelazatan nye bak teh cina..ape masalahnyer plajar2 fspu ni...ape kejadahnyer sumeni...kte pk2kan...nasi lemak wak joe jdi slow,hotdog 3dara,sandwish 2saudara...n kepek house...sumenyer serba xkene....btape besanyer aura kungfu cafe...xpn aura si jejaka cashier yg mndebit hasil kungfunyer....udah la.pe jadahnyer aku mrepek ni....

Celebrity Collage by MyHeritage

MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celebrity - Collage - Morph

DONT BE TENSION


don’t be tension

The moment you are in tension You will lose your attention Then you are total confusion And you feel irritation This may spoil your personal relation Ultimately, you won’t get co-operation And get things into complication Then your BP may raise caution And you may have to take medication Why not try understanding the situation And try to think about the solution Many problems will be solved by discussion Which will work out better in your profession Don’t think it’s my free suggestion It is only for your prevention If you understand my intention You will never come again into tension

Renungan........


salammm......buat semua.....sekadar renungan untuk kita semua...terutama pada diri saya sendiri.....sedang kita leka dalam menyiapkan project akhir jgn kita lupa untuk melaksanakan satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan.......

GANJARAN BAGI MEREKA
YANG MENJAGA SEMBAHYANG

Diriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;

  • Masuk syurga tanpa dihisab.
  • Dihindarkan dari seksaan kubur.
  • Dihindarkan dari kesempitan hidup.
  • Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
  • Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.
BALASAN UNTUK MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Barang siapa yang meremehkan atau meninggalkan sembahyangnya dengan sengaja, maka Allah akan menghukumnya dengan 15 seksaan iaitu,

Ketika di dunia;

1. Dicabut berkat pada umurnya.
2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Tidak mendapat pahala orang solehin.

Ketika mati;

6. Mati dalm kehinaan.
7. Mati dalam kelaparan.
8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak
mencukupi.


Ketika dalam kubur;

9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang
dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana
setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.

Ketika hari kiamat;

12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.

DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;

Subuh - satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya
ke dalam neraka selama 60 tahun.

Zuhur - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti
membunuh 1000 orang Islam.

Asar - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti
meruntuhkan kaabah.

Maghrib - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang
itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi
perempuan).

Isyak - satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai
hidupnya di atas muka bumi ini.

Los samwer and visit again


The song that i heard yesterday is something different than any other days... The lyrics, the rhythm and the music arrangement were smoothly entered to every people's broken heart. Its not that the song will cured the pain inside, but rather than that, it will take your self-confidence into the next level and making you more desire to be a good landscape architect . We learned the good and bad in life... but we never take it as a experience of life that will remain in memories. To make it last forever... choose a song and put your stories into it. Whenever or wherever you are, every time you heard that chosen song... you will remember the stories of your life. Hope it comes with the good one...

Kerana kau nasik kerabu....


Wahai teman dan rakan ku sekalian, hari ini adalah hari yang malang buat diriku.... pada mulanya ,daku igtkan hari ini hari yang bahagia , kerana pok nik xde, tapi hari yang terang menjadi gelap gara-gara aku dilanda saket perut yang melampau.Design pun xlarat nk buat. Pada malam sebelum kejadian, aku bersama temanku pg ke pasar malam di pasar yg terkenal di kalangan budak2 uitm.kat maner lg,kalau bkn seksyen 7...disebabkan sudah lama ku rindukan nasi kerabu, maka ku belilah nasi kerabu dengan ayam masak sambal... Dalam perjalanan pulang, ku tak sabar2 nak menikmati nasik yg enak itu. ku rela tinggalkan design , utk berhenti mkn..buat seketika.Sungguh enak ketika menikmatinya.. sehingga menjilat ibu jari kaki. TETAPI!! esoknyer, lagilah aku menikmati tidur di toilet, kerana keracunan makanan.huhu.. berlari ke toilet,berulang alik , kerana keracunan makanan, ... Ini semua kerana kau wahai nasik kerabu... Wahai mak cik penjual nasik kerabu, tunggu next pasar malam, i dtg sound u...( i kluarkan saman utk u)

Malam yang gelap...




Suatu petang yang indah setelah nyenyak dibuai mimpi yang indah dengan diselubungi hawa dingin air condition studio tercinta, terjagalah seangkatan pejuang yang tegar akan kubunya.
Tatkala itu sang suria telah mengufukkan wujudnya di sebelah barat dan alam mula kelam. Peti kecil yang terlekat pada kubu para pejuang di tekan punatnya dengan harapan dapat menerangi suasana yang kian kelam tadi akan tetapi harapan itu berkecai musnah. Syahadan itu juga timbul kemusykilan dibenak angkatan pejuang akan musibah yang dihadapi. Mengapa benda yang senantiasa menerangi malam-malam yang indah para pejuang tidak mengeluarkan cahayanya malam itu? Walhal, malam itu para pejuang akan bertempur dengan perang design masing-masing setelah santap akan hidangan yang telah tersedia (di kedai/pasar malam).


Kesudahannya, malam itu seangkatan pejuang akur dengan khabar dukacita yang datang. Pertempuran malam itu juga terpaksa diteruskan dengan diselubungi antara gelap malam dengan samar cahaya lilin. Maka, sekian sahaja hikayat buat waktu ini.



refresh pale hotak sat....


korang penah tpikir x..knape kte ade kwan..pnah pk x..ape 2 kwan..pnah pk x..ape gne nye kwan..penah x...bjasa pd kwan.n pk ape jasa kwan pd kte.mcm mudahkn kwan...tp...once day letter korang cmfirm tepikirnye btape bsarnye nilai ukhwah dlam bkawan...n..mgkin lbih bharga dri bkapel.tp ble 'beliau' tiada lg..ape aku mrepek ni...aku x pndai mgarang la...im sorry..tp..take it as u'all pye muhasabah dri...konsep 'pengyou'..jdi spt stolon yg kcil tp utuh dbwah tapak si gergasi alam....eh...jap..mgkin lg elok korang muhasabah sbelum lena dmalam ari.pastikan sndirian...fikir2kn selamat beramal..calo.

cinta dan kawan......


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerena CINTA itu buta…
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerena… KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerena… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap…
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia…kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERARTI….
Walau kita punya couple, teman tetap yang paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman tetap yang paling berharga.

kepada sahabatku 3D...

maaf kerana tiada di studio mlm ni..
maaf kerana korang akan kesunyian tanpa aku mlm ni..
maaf kerana..lela, aku tau ko mesti tak de selera nak mkn kan aku tak de kat studio...
maaf kerana.. jue, aku tau ko mesti tercari2 mane pen2 ko kan....
dan akhir skali... yang aku kesalkan...
maaf kerana kita rugi mlm niiiiiii
busness tak jalan...
wakakakakaaka.....

Dari hati turun ke pena diatas drafting table...

We've been tagged!

Berikut adalah jawapan kepada soalan yang telah disoal.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
From the Drafting Table atau dalam bahasa ibundanya 'Daripada Meja Lukisan' dipilih kerana ianya amat bersesuian dengan identiti kami yang mana meja lukisan itu bukan sahaja kami digunakan untuk membuat master plan, detail drawing and so on... tetapi juga untuk menaip email, mencari maklumat dan mengepos artikel ke blog.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://budakstudio.blogspot.com. link ini dipilih bagi memudahkan orang ramai untuk melayari ke blog kami kerana ianya mudah dihafal dan dalam masa yang sama budakstudio dipilih kerana kehidupan kami banyak dihabiskan di studio tidak kira pagi, petang, malam, tengah malam, subuh, matahari nak terbenam dan juga pada waktu ia ingin naik kembali... kerana itulah kami digelar budak studio dan bukan budak hitam..


3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
tiada method digunakan didalam blog ini. Kami bebas memberi pandangan selagi tiada mengguris hati mana-mana pihak.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Pernah. Sebab kegawatan ekonomi hingga tidak mampu meng-update blog.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Blog ini kepunyaan adik salah seorang blogger kami. Jadi terima kasih kerana memberi peluang kepada kami merasa diri ditag... walaupun kami tidak tahu untuk apa tujuannya. Terima kasih

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
i. Panaharjuna (blogger tegar)

ii. Uchee (blogger hampir tegar)

iii. Lela (blogger jiwang karat)

iv. Joe FZR (blogger baru sihat)

v. Si Pengembara aka tokey (bos besar blog ni)

Apasal aku jiwang karat

Apasal aku jiwang karat

Apasal aku jiwang karat,
Akukan manusia bukan besi karat,
Tak payahlah ingat dia sangat,
Rugi ATP otak penat.

Apasal aku jiwang karat,
Ini dah kira kes berat,
Takut aku yang tak larat,
Bawa otak yang penuh sarat.

Apasal aku jiwang karat,
Tepon pak wa bukan main ligat,
Jumpa pakwa semua nak cepat,
Tapi mengadap tuhan bukan main liat.

Apasal aku jiwang karat,
Siang malam asyik teringat,
Diri macam kena sengat,
Mundar mandir timur barat.

Apasal aku jiwang karat,
Kasih tuhan cubalah aku ingat,
Jadikan bacaan Al-Quran sebagai satu minat,
Moga diriku mendapat rahmat.

Apasal aku jiwang karat,
Apa dah tak ingat dunia akhirat,
Dosa pahala cubalah aku ingat,
Jangan bagi syaitan menjerat,
Pupuk iman biar kuat.

Apasal aku jiwang karat,
Macam hidup tak ada matlamat,
Udah..udahlah tu …,
Cer…dengar orang bagi nasihat.
Member dah warning next time jangan lambat.

Apasal lah aku jiwang karat,
Design pok nik xsiap2,
Duk ikut jue ajak tido cepat..
Aku,ape lg, cepat2 takut mira dapat tempat….(tempat tido)


p/s: gurau jer….

Attention to all studio base students!


seorang didapati dalam dilema akibat masalah drafting work. ayoh kte same2 selamatkan beliau... keep ur friend in his room and never let him go away... hulurkan bantuan ringankan beban. kite bg beliau idea untuk buat schematic... beliau ketika ini dalam tekanan yang amat berat dan fikirannya kusut yang amat sangat.. kalau boleh anda halang beliau daripada berjumpa dengan cik zalina ataupun membeli tiket kapal terbang... jika beliau tiada, industri landskap pasti dalam kegelapan... khidmat beliau amat diperlukan... tanpa beliau, siapa yang akan menggunting rambut anda... kalau kedai mamak harga RM9... kat beliau hanya belanja minum dan kadang2 kue teow kungfu... mcm en.abu belanja ari tu... apekan daya.... bak kte orang... sndiri mau ingat.. lu pikir la sendri.... i am sorry...

ahli baru

askum,aku baru je meyiapkan 1 blog,jd harap sume kwn2 dpt menberikan tunjuk ajar kepada ahli baru seperti aku di dalam dunia blog yang penuh pancaroba ini.

only one hour...



Salam! Just nak share dgn korang semua 28 Mac 2009 ni Seluruh Dunia akan mengadakan 'Earth Hour'. Untuk Malaysia, waktu tempat kita adalah pada 8:30malam.

Apa kebende nye 'Earth Hour' tu?? Haa..Senang je, dalam satu jam, dunia akan mengalami kegelapan...Kegelapan selama satu jam ni adalah untuk bumi kesayangan kita. 'To STOP Global Warming'.

Apa yang kita perlu lakukan? Hanya tutup semua lampu yang ada tepat jam 8:30 malam pada hari Sabtu, 28 Mac selama satu jam. Sebenarnya acara ni dah lama di adakan di negara2 maju dunia macam Australia, Japan, Europe dan banyak la. Tapi buat pertama kali tahun ni acara ni di jadikan acara seluruh dunia.

semoga cepat sembuh


untuk member kitorang (joe fzr) yg tgh rehat kat hspital skang nie kami doakan semoga cepat sembuh dari demam chikungunya. sori x dapat lawat ko kat hspital coz jauh sgt...hanya doa kami kirim kan dari sini agar kembali sihat seperti sediakala....jgn lupa makan ubat tau. Klu dah sembuh nnti leh sambung wat design ngan planting sesame kat studio..okey.

sikit info tentang 'Chikungunya'

Pengenalan

Deman Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.

Tanda dan Gejala

Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).

Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:

  • Demam
  • Kesejukan
  • Sakit kepala
  • Letih
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit otot
  • Ruam
  • Sakit sendi.

Rawatan

Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.

Pencegahan

Tip-tip semasa mengembara/bersiar

  • Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
  • Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
  • Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk

Walau bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor segera dan lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif dengan virus ini, tinggal di dalam rumah untuk mengurangkan gigitan nyamuk dan ini dapat mengelak bertambahnya rebakan jangkitan. Di rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam denggi. Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.

p/s: TIADA AEDES TIADA DENGGI

montage laska kita part 3



ini adalah montage kami yang telah berjaya menewAS kan montage part2 lain pada dinner landscape architecture (solar nite)... sebenarnye montage ni tak la gempak sgt berbanding dengan montage part2 lain, tp semangat kerjasama yang kami cuba tunjukkan dalam mengharungi liku2 kehidupan telah membuatkan montage kami dipililih kerana sesuai dgn tema malam tersebut iaitu laskar kita.

konsep 'Laskar kita' digambarkan sebangai perpaduan dalam satu kerjasama berpasukan di dalam satu komuniti masyarakat. penggunaan perkataan "Laskar" membawa erti kepada satu kumpulan atau komuniti ytang menggerakkan satu bentuk kerja berpasukan manakala maksud "Kita" adalah membawa kepada elemen yang menggerakakn atau menyokong perpaduan didalam satu komuniti iaitu pelajar itu sendiri dalam merealisasikan hasil kerja yang dilakukan.

berat badan korang merunsingkan???




Daripada lima warga Malaysia, seorang didapati berlebihan berat ataupun obes dan statistik ini semakin bertambah. Obesiti meningkatkan risiko pelbagai penyakit, antaranya diabetes, strok, penyakit jantung dan masalah ginjal. Tambahan pula, obesiti membawa masalah psikologi seperti mengikis keyakinan diri.

Ini adalah statistik yang dibuat oleh kementarian kesihatan, statistik aku plak 17 dr 19 budak studio kita didapati berlebihan berat badan atau obess....

Cara yang lazim digunakan untuk mengelaskan berat badan ialah dengan Indeks Jisim Tubuh (IJT), seperti berikut:

IJT = Berat (kg) / Tinggi (m)²

Tentukan status korang dengan hasil yang diperolehi.

Kurang berat IJT <18> 30.0

Jika korang berlebihan berat atau obes, berazamlah mencapai berat badan yang lebih sihat. Sebelum korang memulakan sebarang program menghilangkan berat badan, fahamilah bahawa obesiti disebabkan pengambilan terlalu banyak kalori (dalam makanan dan minuman) serta kekurangan aktiviti untuk suatu jangka masa. Jadi, untuk menurunkan berat badan, korang perlu lebih aktif di samping mengurangkan pengambilan kalori. Akan tetapi, diet mendadak yang mengehadkan sangat kalori dan nutrien tidak disyorkan. Sebenarnya, kehilangan berat badan yang selamat cuma 0.5 – 1kg/minggu.

Tumpuan kini terhadap masalah berat badan pasti telah menyedarkan korang tentang makanan yang perlu dielakkan iaitu makanan yang banyak lemak atau gula. Namun, terdapat juga cara-cara lain untuk mencapai bentuk badan yang langsing.

# Jangan abaikan masa makan! Pelik? Sebab jika kita terlalu lapar, kita akan lebih kuat makan.

# Makan perlahan-lahan. Otak kita memerlukan 15 – 20 minit untuk tahu kita sudah kenyang.

# korang tidak dapat makan apa yang tidak dibeli. Jadi, belilah dengan bijak.

# Pesanlah makanan dalam hidangan yang kecil .

# Amalkan konsep “tukar-ganti” dan bukan “penahanan”. kalau korang nak sangat makan sundae coklat, gantikan dengan susu coklat rendah lemak.


geram je aku tgk budak ni.. ishhh...


# Kalau korang tidak suka bersukan, cubalah hobi “aktif” seperti berlari2 itik ditepi koridor.

# Tiada masa untuk bersenam? Masukkan aktivi dalam rutin harian korang , macam open table main pingpong dalam studio... (ha... pada sape y tak penah join tu, cube torai...)

# Jangan mengamalkan janji melayu cam " hey korang petang ni kite g joging kat tasik sec 2 taw!, aleh2 joging dgn bantal pelok..... (dr awal sem aku dgr janji2 palsu ni...)

Akhir sekali, bersabar. Obesiti tidak terjadi dalam satu hari. Justeru itu, masa diperlukan untuk memperbaiki keadaan ini. Lagi satu, kita mestilah realistik. Bermulalah dengan pengharapan yang rendah dan kurangkan berat korang secara mantap.


jangan semakin hari semakin membesar sudahh le....

DOA KU UNTUKMU...




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku ..tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya tuhanku Yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku



Sesunggunhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku
Di dunia dan akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

Amin….amin…Ya Rabbal 'aalamin.


P/S: Rindu sgt kat hubby..(",)

sekuat mana kita berusaha.....

Ujian merupakan lumrah didalam kehidupan, ada yang diuji dengan sedikit penderitaan di segi kekayaan, ada yang di uji dengan kerenah anak-anak, ada yang diuji dengan kesukaran pekerjaan, ada yang di uji dengan rakan yang mengambil kesempatan, ada yang diuji perasaannya dan ada yang di uji dengan kekurangan anggota tubuh badan. Namun semuanya adalah dari Allah swt yang maha berkuasa dan Allah swt mahu melihat sejauh mana kita bersyukur menerima apa sahaja yang telah ditentukannya kepada kita sebagai hambanya.

Adakah kita bersedia menerima ujian dengan penuh ketabahan atau kita menyesali apa yang berlaku? Begitu banyak perkara yang berlaku didunia ini ada penuh dengan kegembiraan dan ada juga penuh dengan kedukaan kerana itulah sebenarnya warna-warna kehidupan yang mencorakkan dunia ini. Kita perlu mencari yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dapat di jadikan sebagai reality sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh. Kita hanya mampu untuk berusaha dan yang menentukan samada kita Berjaya atau tidak adalah sebenarnya Allah swt. Kita hanya menyediakan sebab dan natijah atau keputusan adalah milik Allah swt.

Apa ertinya seorang yang tidak berjari apabila diberikan cincin, mungkin itu yang kita bayangkan tetapi jika sikudung mengambilnya ia mungkin tidak dapat memakai di jari tetapi boleh menjual untuk mendapatkan keewangan, yang penting apakah kebaikan yang mungkin dapat diperolehi dari apa sahaja yang berlaku. Bukan hidup ini untuk mengeluh, tetapi hidup ini untuk memberikan yang terbaik agar kita dapat merasai akan kebesaran ilahi merasakan walaupun serba kekurangan kita mampu untuk terus hidup seperti seorang yang sempurna.

Sekiranya apa sahaja yang diminta akan termakbul atau tertunai, mungkin manusia tidak akan dapat merasai erti kegembiraan, kesukaran demi kesukaran yang kita lalui akan memberikan perasaan kegembiraan setelah kita Berjaya melepasi kesukaran tersebut. Setiap kesukaran pasti ada kesenangan, setiap kesukaran pasti ada kesenangan adalah dua ayat allah di dalam al Quran untuk mengajar kita sebagai manusia yang lemah agar terus berusaha tanpa putus asa, kerana janji Allah swt pasti benar dan kita selalu dapat mengatasi segala kesukaran setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.


Persoalannya sejauh mana kita bersedia untuk mendapatkan apa yang kita mahukan? Sejauh mana kita sanggup untuk merasai kesukaran demi kesukaran yang ada, sejauh mana kita bersedia melangkah untuk membina ribuan langkah seterusnya, sejauh mana kita sangguh di hina sehingga kita membukti kejayaan yang ingin digapai, sejauh mana kita sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita dan harapan. Sekiranya kita takut kesukaran, kesukaran pasti akan datang jua, bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang.. Kita perlu berusaha dan Allah swt akan menentukannya, yang penting kita terus berusaha dan berusaha tanda kita percaya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan atau tidak kepada kita sebagai manusia yang penuh dengan ujian untuk menguji keimanan. Allah hu alam.



p/s= miss u alot ibu.... jgn majok2 ekk.... 2-3 hari lg saye balik umah.... ngeee....

Kepentingan Ilmu Untuk Dunia Dan Akhirat



Sebuah hadis nabi yang berbunyi :

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم

Maksudnya : Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu

untuk ucheee


happy birthday ucheeeeeeeee.............

utusan ke 22 buat diriku


Besday aku yg ke 22thn baru je berlalu 5 hari yang lepas....
Alhamdulillah......aku masih lagi berkesempatan untuk menghirup udara di alam yang sementara ini....
terasa sedikit hiba di hati tatkala kata2...."Salam yus...slmt pagi n slmt mnyambut ulg thun ke 22...moga kau sht selalu,cemrlang dlm plajran mu pjg umur...mama sentiasa doakan mu di sana..."sms dari mama awal subuh 14mac 2009 ku terima....
x terasa kaki ini telah mengorak langkah setapak ke hadapan.....dengan harapan mendapat secebis lagi pengalaman dan pengajaran agar hidup ini lebih bermakna....
kepada Allah ku panjat kan syukur atas kurniaanNya....
Kepada insan tersayang ku pohon kan restu darimu agar hari-hariku yang mendatang membawa erti dalam kelahiran kali ini....
Kepada teman2 yg sentiasa mengingatiku terima kasih di ucapkan atas segala sokongan dan kalian telah menceriakan hari2 ku di sini...
ku pohon maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran ku ketika kita bersama.....

Kepada diri ku sendiri ku ucapkan semoga engkau lebih mengerti bahawa hidup ini x semudah yang kau fikirkan...usahlah kau lalai dan leka. Kejarlah apa yang kau cari untuk diri mu sendiri dan insan yang menyayangi mu..dan jgn lah kau kecewa kan mereka keduanya...//

Los samwer revisited...

Perjalanan ini terasa amat jauh... semakin luas langkah ini, semakin terasa penatnya... Seperti tiada hujungnya sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang ayah kepada anak kecilnya yang ingin beradu... Perjalanan ini tiada kekurangannya, tetapi mempunyai banyak halangan yang memeritkan, syukurlah ada hentian-hentian yang boleh melegakan kesakitan tubuh badan. Panas terik matahari mengeringkan tekak yang dahagakan setitik air, mujurlah hujan turun di sebelah petangnya. Hujan lebat yang menyebabkan tanah ditenggelami air, mujurlah ia berhenti sebelum ia sempat menghanyutkan jiwa yang parah ini... Perjalanan ini tidak perlu berhenti disini, juga tidak harus ditoleh ke belakang lagi... Teruskanlah langkah itu selagi hayat di kandung badan...

musafir di angin lalu....

tok tek tok tek dah 2 minggu aku kat studio tak balik2... bau2an nasik lemak cili padi terniang2 di hujung idung yg agak tak brape mancung ku... "ira, ari ni ibu masak lemak cili padi" sms dr ibu ku, aduhhhh... sape blh tahannnn.... aku melangkah keluar dr studio dgn menggalas beg berisi bju 2 minggu x basoh2... setiba di pintu studio otak aku jem, kaki ku kaku, lidahku stuckk umpama terkena sawan tuttt... esok kne submit design!!!... uwaaaaaa....




terliur sehhh.....



dengan langkah longlai ku mengundurkan diri... kembali ke tempat asal.... bermusafirku lagi...

p/s: salam perantau dr anakda di perantauan...

PerAhan Idea........


hai guys......

skarang dah masuk projek akhir..x leh memain lagi...kena really hard work..bg yg x puas hati submsn project 1. ada masa lg untuk buat yg terbaik project akhir...ok...renung2kan........kerah la idea mu dan kudrat mu sehingga ketitisan akhir...JGN TERMENUNG LAGI......