WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Malam yang gelap...




Suatu petang yang indah setelah nyenyak dibuai mimpi yang indah dengan diselubungi hawa dingin air condition studio tercinta, terjagalah seangkatan pejuang yang tegar akan kubunya.
Tatkala itu sang suria telah mengufukkan wujudnya di sebelah barat dan alam mula kelam. Peti kecil yang terlekat pada kubu para pejuang di tekan punatnya dengan harapan dapat menerangi suasana yang kian kelam tadi akan tetapi harapan itu berkecai musnah. Syahadan itu juga timbul kemusykilan dibenak angkatan pejuang akan musibah yang dihadapi. Mengapa benda yang senantiasa menerangi malam-malam yang indah para pejuang tidak mengeluarkan cahayanya malam itu? Walhal, malam itu para pejuang akan bertempur dengan perang design masing-masing setelah santap akan hidangan yang telah tersedia (di kedai/pasar malam).


Kesudahannya, malam itu seangkatan pejuang akur dengan khabar dukacita yang datang. Pertempuran malam itu juga terpaksa diteruskan dengan diselubungi antara gelap malam dengan samar cahaya lilin. Maka, sekian sahaja hikayat buat waktu ini.



blog comments powered by Disqus