WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

berat badan korang merunsingkan???




Daripada lima warga Malaysia, seorang didapati berlebihan berat ataupun obes dan statistik ini semakin bertambah. Obesiti meningkatkan risiko pelbagai penyakit, antaranya diabetes, strok, penyakit jantung dan masalah ginjal. Tambahan pula, obesiti membawa masalah psikologi seperti mengikis keyakinan diri.

Ini adalah statistik yang dibuat oleh kementarian kesihatan, statistik aku plak 17 dr 19 budak studio kita didapati berlebihan berat badan atau obess....

Cara yang lazim digunakan untuk mengelaskan berat badan ialah dengan Indeks Jisim Tubuh (IJT), seperti berikut:

IJT = Berat (kg) / Tinggi (m)²

Tentukan status korang dengan hasil yang diperolehi.

Kurang berat IJT <18> 30.0

Jika korang berlebihan berat atau obes, berazamlah mencapai berat badan yang lebih sihat. Sebelum korang memulakan sebarang program menghilangkan berat badan, fahamilah bahawa obesiti disebabkan pengambilan terlalu banyak kalori (dalam makanan dan minuman) serta kekurangan aktiviti untuk suatu jangka masa. Jadi, untuk menurunkan berat badan, korang perlu lebih aktif di samping mengurangkan pengambilan kalori. Akan tetapi, diet mendadak yang mengehadkan sangat kalori dan nutrien tidak disyorkan. Sebenarnya, kehilangan berat badan yang selamat cuma 0.5 – 1kg/minggu.

Tumpuan kini terhadap masalah berat badan pasti telah menyedarkan korang tentang makanan yang perlu dielakkan iaitu makanan yang banyak lemak atau gula. Namun, terdapat juga cara-cara lain untuk mencapai bentuk badan yang langsing.

# Jangan abaikan masa makan! Pelik? Sebab jika kita terlalu lapar, kita akan lebih kuat makan.

# Makan perlahan-lahan. Otak kita memerlukan 15 – 20 minit untuk tahu kita sudah kenyang.

# korang tidak dapat makan apa yang tidak dibeli. Jadi, belilah dengan bijak.

# Pesanlah makanan dalam hidangan yang kecil .

# Amalkan konsep “tukar-ganti” dan bukan “penahanan”. kalau korang nak sangat makan sundae coklat, gantikan dengan susu coklat rendah lemak.


geram je aku tgk budak ni.. ishhh...


# Kalau korang tidak suka bersukan, cubalah hobi “aktif” seperti berlari2 itik ditepi koridor.

# Tiada masa untuk bersenam? Masukkan aktivi dalam rutin harian korang , macam open table main pingpong dalam studio... (ha... pada sape y tak penah join tu, cube torai...)

# Jangan mengamalkan janji melayu cam " hey korang petang ni kite g joging kat tasik sec 2 taw!, aleh2 joging dgn bantal pelok..... (dr awal sem aku dgr janji2 palsu ni...)

Akhir sekali, bersabar. Obesiti tidak terjadi dalam satu hari. Justeru itu, masa diperlukan untuk memperbaiki keadaan ini. Lagi satu, kita mestilah realistik. Bermulalah dengan pengharapan yang rendah dan kurangkan berat korang secara mantap.


jangan semakin hari semakin membesar sudahh le....

blog comments powered by Disqus