WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Archive for April 2009




XPDC Pasak Bumi Menggapai Langit 2009


30 April - Khabar angin bertiup kencang mengatakan budak-budak studio part 3 sekarang hendak mengadakan satu Ekspidisi Pasak Bumi sambil Menggapai Langit, 2 hari 1 malam di Ulu Yam bermula hari ini. Ekspidisi begini memang sesuai diadakan oleh golongan belia terutamanya jika disertai oleh bilangan ahli yang ramai. Tetapi diharapkan aktiviti di dalam belantara ini yang khabarnya disertai oleh 2 kumpulan berbeza pendapat, akan bersatu hati kerana di dalam hutan bukan seperti di kawasan keramaian. Jika tersalah langkah, musibah akan berlaku. Jadi individu tertentu yang cuba mengeruhkan keadaan atau cuba menjadi 'duri dalam daging' haruslah melupakan niat berkenaan. Cubalah buang yang keruh ambil yang jernih, seperti kata-kata rakan anda, Dik Ain. Dan juga, saya sebagai pencinta alam menasihatkan anda supaya tidak membuang sampah merata-rata, atau cuba mencemarkan alam sekitar kita. Kerana tanpa hutan kita, tiadalah sumber untuk kita bernafas.

attact mat joe....


sadap wei mat joe.......jgn krane magie smangkuk....rsak milo secawan.....tok sei......

ALAMAK....


Maggie oh maggie knp kamu tumpah.... mcm mana aku xtumpah...nie semua pasal kipas kat sebelah tu...huhu
P/S : moralnya kalu nak makan tu jgn makan sorang2..kalu leh 'share' la...

kekuda muda


ayuh kawan2.kte bangkit dri lena.msuh mkin hmpir.siap strategi...kte siap snjata....pen,pensil,pemadam msti lgkap...bkan lengkap terselit si toyol kcil .gendang dpalu jeritan perkasa bjiwa muda,gegarkan alam dgan smangat juang.....mulakan stu episod kejayaan kte...yg jtuh bgkit kmbali kte sme2 hingga misi berjaya.demi agama,enviroment n bangsa......

Sajak :TOK SEI...


TOK SEI...TOK SEi..
U Sei I SEi...I SEi U SEi..WhatEVER..
U XSEi...UP to U say...AnyWay u Say I sei....Thankz to say u Sei..
TQue SEi..Sei..SEi..SEi..

All The Best..

  • Selamat Berjuang semua kengkawang...
  • GOOD LUCK FOR FINAL PROJECT N FINAL XM...

Last Action Heroes


Hari-hari terakhir sebelum semester ini melabuhkan tirainya.. semua pelajar sedang bertungkus-lumus menyiapkan segala kerja dan tugasan yang belum selesai, terutamanya design III dan juga planting design II. Pendek cerita, minggu ini boleh dikatakan sebagai Minggu Zombie... Ya, ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi... mereka-mereka ini akan menjadi penunggu di dalam bilik kedap udara dengan mata kemerahan, badan yang hampir layu, muka separuh pucat dan bauan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Semua ini adalah ujian yang perlu mereka tempuhi setiap semester, selagi mereka belum menyiapkan section, perspektif dan master plan... selagi mereka belum xerox kesemua kerja itu... selagi mereka belum mewarna setiap keping board itu... dan selagi mereka masih bergelar budak studio... Inilah yang harus mereka hadapi.... Kepada budak-budak studio, tunggulah saat semua ini selesai... Ketika itu, pejamkanlah matamu... Zombie akan bertukar kepada manusia kembali...

sedetik itu......


tiang adalah slah stu lmbg keteguhan atau kesempurnaan dlam sesuatu binaan....tnpa tiang.....mcm plik kan....wlupn umah tu besa,cantik megah tersengam dlereng bkit....tp xskukuh pondok kcil bertiang smpurna...bgitu jge dgn dri kte....pandai mcm mne pn..hebat mcm mane pn...cntik mcm mne pn tp jke diri x sujud mndamba keberkatan pd ILAHI.....sgalanye hye sketika.....usah dbandingkan dgn golongan bpaksi ptung....ayuh kwan2.....kte fikir n renung sjenak....sgala yg blaku arini adalah ujian dri Allah untuk mlihat keikhlasan jiwa stelah dlmpahkan rezki......dkatnye seseorang dgn pnciptanye adalah ktika hamba itu sujud dgn keikhlasan..dan ktenangan,keinsafan terasa ktika itu.kte muhasabah dri kte sketika....sgupkah kte mlihat ibu kte dpersoalkn didikannye pd kte klak....??????

my last kue teow kungfu...


SEGALANYA tinggal kenangan... baunya yang mengiurkan... rupanya yang melelehkan... dan rasanya yang membuatkan aku berterbangan... owh... begitulah kuatnya aura kueteow kungfu di kafeteria FSPU ini... setiap orang yang merasainya pasti akan kepingin lagi... Badan yang terasa lemah, dengan serta-merta akan menjadi gagah perkasa dan pasti akan mengkungfu orang yang cuba mengepow apabila pekena kueteow kungfu ini.
Tetapi sayang... segalanya tinggal kenangan. Kuetoew kungfu yang selama ini memuaskan nafsu makan ramai orang, terpaksa dilupakan dengan begitu sahaja. Semua ini gara-gara kafeteria yang menjadi port kepada student2 yang malas berjalan jauh untuk melahap dan mencekik, terpaksa ditutup gara-gara kantoi dengan pihak berkenaan yang mendapati premis tersebut kotor dan tidak mencapai tahap kebersihan yang diwajibkan.
Pendek cerita... no kafe no kueteow... so lets just kungfu!