SEGALANYA tinggal kenangan... baunya yang mengiurkan... rupanya yang melelehkan... dan rasanya yang membuatkan aku berterbangan... owh... begitulah kuatnya aura kueteow kungfu di kafeteria FSPU ini... setiap orang yang merasainya pasti akan kepingin lagi... Badan yang terasa lemah, dengan serta-merta akan menjadi gagah perkasa dan pasti akan mengkungfu orang yang cuba mengepow apabila pekena kueteow kungfu ini.
Tetapi sayang... segalanya tinggal kenangan. Kuetoew kungfu yang selama ini memuaskan nafsu makan ramai orang, terpaksa dilupakan dengan begitu sahaja. Semua ini gara-gara kafeteria yang menjadi port kepada student2 yang malas berjalan jauh untuk melahap dan mencekik, terpaksa ditutup gara-gara kantoi dengan pihak berkenaan yang mendapati premis tersebut kotor dan tidak mencapai tahap kebersihan yang diwajibkan.
Pendek cerita... no kafe no kueteow... so lets just kungfu!
Lee Zi Jia Kandas di All England 2022
-
Akhirnya Lee Zi Jia gagal mempertahankan kejuaraan All England yang
dimenangi pada tahun 2021. Pada kejohanan edisi kali ni tahun 2022, Zi Jia
kalah kepada...
2 years ago