WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

XPDC Pasak Bumi Menggapai Langit 2009


30 April - Khabar angin bertiup kencang mengatakan budak-budak studio part 3 sekarang hendak mengadakan satu Ekspidisi Pasak Bumi sambil Menggapai Langit, 2 hari 1 malam di Ulu Yam bermula hari ini. Ekspidisi begini memang sesuai diadakan oleh golongan belia terutamanya jika disertai oleh bilangan ahli yang ramai. Tetapi diharapkan aktiviti di dalam belantara ini yang khabarnya disertai oleh 2 kumpulan berbeza pendapat, akan bersatu hati kerana di dalam hutan bukan seperti di kawasan keramaian. Jika tersalah langkah, musibah akan berlaku. Jadi individu tertentu yang cuba mengeruhkan keadaan atau cuba menjadi 'duri dalam daging' haruslah melupakan niat berkenaan. Cubalah buang yang keruh ambil yang jernih, seperti kata-kata rakan anda, Dik Ain. Dan juga, saya sebagai pencinta alam menasihatkan anda supaya tidak membuang sampah merata-rata, atau cuba mencemarkan alam sekitar kita. Kerana tanpa hutan kita, tiadalah sumber untuk kita bernafas.

blog comments powered by Disqus