WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Tribute

POST ini bukanlah bertujuan untuk melaga-lagakan dua insan yang pernah berdiri seiring di dalam pucuk kepimpinan kelas, apatah lagi mempunyai niat tersembunyi untuk mengeruhkan ketenangan air di kali. Sebaliknya, ini hanyalah sedikit nukilan sebagai penghargaan yang lupa untuk diucapkan kepada bekas wakil kelas semasa semester 2 iaitu Ude a.k.a Bos dan Mira selaku pembantu kanannya. Mereka ini pernah mewakili kelas dalam urusan pembelajaran dan juga persatuan dalam jabatan, dan bertungkus-lumus dalam menguruskan hal ehwal studio semasa semester 2. Tanpa persefahaman dan toleransi yang baik di antara mereka ini, mungkin keadaan studio kita diwaktu itu akan diselubungi kekalutan. Watak Ude selaku ketua kelas jelas menonjolkan sifat kepimpinannya yang mengambil berat akan kebajikan anak buahnya, dibantu pula oleh Mira yang sentiasa komited dalam menguruskan hal-ehwal studio. Terima kasih kepada mereka berdua ini yang banyak membantu kita dalam mengharungi cabaran semester 2 lalu.

p/s: sorry kalau cerita dalam artikel ini nampak keterlaluan.

blog comments powered by Disqus