WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Bukan cerita pasal kucing..


Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Pepatah ini cukup kuat menunjukkan betapa uniknya kucing belang ini, kerana tiada satupun kucing didunia ini yang sama dengannya. Tetapi artikel ini bukanlah hendak membincangkan tentang kucing belang atau jenis-jenis kucing yang lain, tetapi berkenaan keunikan satu perkara berbanding perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengannya. Sebagai contoh rambang, seorang pelajar yang dikurniakan bakat dalam sesuatu bidang melebihi rakan-rakan seperjuangannya, inilah yang dinamakan keunikan. Namun, ini bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian kita. Tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana kita mampu mengambil peluang dalam hal ini untuk memperbaiki diri kita tanpa perlu ada perasaan dengki. Mungkin dengan cara ini, kita akan menjadi seorang pelajar yang lebih baik, dalam masa yang sama mampu memberi persaingan sihat dengan rakan-rakan yang lebih pandai. Sekiranya tidak mampu menandingi mereka pun, sekurang-kurangnya kita tidak diisytiharkan kalah. Kerana orang yang kalah ialah orang yang tidak berani mencuba dan bila tidak berani mencuba kita secara automatiknya akan kalah. Mana-mana ayat pun mempunyai pengertian yang sama.

p/s: bila kebosanan menguasai diri, kita akan menjadi tak keruan

blog comments powered by Disqus