WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Coretan pukul 7.30 pagi...

Berlarilah kemana pun... kita tetap di situ juga. Ketika kita diberi peluang yang ada, kita tak pernah menghargainya dengan baik. Peluang mungkin akan datang sekali atau mungkin akan menyusul lagi selepas itu, siapa yang tahu... Tetapi setelah peluang pertama itu datang, kita melengah-lengahkannya. Atau mungkin kita menganggap peluang itu hanya perkara sia-sia untuk dihargai kerana kita tahu bahawa setiap peluang itu ada kesinambungannya. Kita tahu, setiap daripada kita hanya diberi satu bekal nyawa tetapi kita tidak tahu jumlah peluang yang diperuntukkan kepada kita. Mungkin ada 1000 dalam seumur hidup kita... mungkin 523... atau mungkin 74... mungkin juga 18... atau mungkin tanpa kita sedari, kita hanya diberi satu peluang sahaja... Peluang yang jika diambil menguntungkan, jika dibiarkan mengundang gulana seumur hidup kita... Sebaiknya, usah berputus asa untuk bangun apabila jatuh. Peluang mungkin akan datang sekali, tapi sebenarnya peluang itu wujud apabila kita mencuba. Jadi sekiranya diberi peluang berlari, jadi berlarilah... Usah berjalan...

blog comments powered by Disqus