Suatu kolokium bertema “Green Land, Blue Sky” telah berjaya dianjurkan oleh para pelajar Tahun 4 program Bacelor Seni Bina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM pada 14-15 Januari 2010.
Kolokium ini telah membincangkan beberapa kertas kerja mengenai topik-topik berkaitan pemeliharaan alam dan telah dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peserta terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Politeknik Port Dickson, Universiti Malaya, dan juga RMIT.
Disamping itu kolokium ini juga telah berjaya menarik minat ahli-ahli akademik, pengamal landskap dan juga pegawai-pegawai kerajaan. Sebanyak 3 kertas kerja utama telah dibentangkan oleh personaliti terkenal Datuk Mohd Nor Khalid (LAT), Prof. Dr. Esmawi Zen dan juga Encik Mukhlis Nor, pengubah lagu popular “Hijau”. Suatu forum juga telah diadakan diakhir perjumpaan. Kolokium ini juga turut mempamerkan poster-poster penyelidikan oleh pelajar dan pensyarah fakulti dalam bidang seni bina landskap