WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Los Samwer and yet to be found...


Ketenangan diri haruslah sentiasa dikekalkan agar sifat jahat tersembunyi akan terus tersembunyi dan sifat mulia sedia ada akan terus terserlah. Pertelingkahan diantara dua sahabat lama ibarat jambatan kayu yang roboh. Apalah salahnya sekiranya, jambatan kayu itu dibaiki semula dan ditukar dengan struktur yang lebih kukuh seperti konkrit. Daun kering yang berada di atas sebatang pokok biarkanlah ia berguguran, agar daun baru dapat tumbuh dan memberi nafas baru kepada alam. Maksudnya disini, seperti peribahasa biasa, buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Tiada guna menyimpan dendam selamanya, kerana tiada benda yang kekal selamanya melainkan Yang Maha Berkuasa. Tiada guna dipendam rasa benci, ketika kita berada dalam satu bahtera yang sama. Oleh yang demikian, insan-insan yang bermasam muka, ubahlah pendirian anda. Tiada guna mempertahankan ego sendiri, sedangkan ia memakan diri. Cubalah belajar untuk menegur berbanding ditegur, kerana tangan yang memberi lebih mulia daripada yang menerima. Salam percutian daripada meja lukisan editor...

blog comments powered by Disqus