WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Gunung-ganang yang mengganas

Masihkah kau ingat, ketika kita mula-mula bertatih di dalam bidang ini. Berjalan baru dua tiga langkah, kita rebah. Syukurlah ketika itu ada pembimbing yang sanggup memangku kita bangun semula, walaupun selepas itu kita rebah kembali. Kadang-kala, kita rebah dengan kuat sehingga menyebabkan lutut kita berdarah. Waktu itu, perasaan untuk mengalah amat kuat... cukup kuat sehinggakan kita tidak mahu berdiri lagi. Tidak lama kemudian, baru kita sedari bahawa rakan disebelah kita berusaha dengan sedaya-upaya untuk bangun dan berjalan sekalipun kakinya sudah tidak mampu menampung beban lagi. Bagaimana dia sanggup mengambil risiko dengan berusaha berkali-kali, walaupun dia tahu sekiranya jatuh dan tercedera, mungkin dia tidak akan mampu pergi jauh. Apakah yang mendorong sahabat kita itu untuk terus berusaha gigih... sedangkan secara rohaninya dia dan kita tiada jauh bezanya...
Suatu ketika dahulu, ketika jalan belum diperbuat daripada bitumen... rumah belum dibina dengan batu dan sungai masih jernih sehinggakan menampakkan dasarnya... kita banyak bergantung dengan alam semulajadi untuk menjadi survivor. Selepas segala kemodenanan datang, kita lupa dari mana asal kita dan mengkhianati pula alam dengan mengikis sedikit demi sedikit isi perutnya. Jika suatu hari nanti ini semua tiada, dari mana pula kita nak mendapatkan sumber untuk menampung kehidupan yang penuh ranjau ini. Ianya tidak salah untuk mengeksploitasi sumber alam ini, kerana memang telah termaktub bahawa kita dihalalkan untuk mengambil hasilnya. Tetapi sekiranya kita mengambil melebihi daripada apa yang kita perlukan, ini dinamakan sifat tamak haloba. Dan kerana sifat inilah, kita akan melihat kesan yang menyedihkan di masa hadapan.

blog comments powered by Disqus