WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Akhawati uhibbukunna fillah



Bila senja nan merah mula menyembunyikan sinarnya di ufuk barat sana,
Hati ini masih tenteram kerana kasih kita tidak akan kelam sinarnya,
Jiwa ini seakan-akan menyanyikan dzikrullah dengan sendiri,
Kerana hati ni mengenali alat muziknya, kenal akan peliriknya... kenal akhawati
Diri ini akur pada ketentuan Illahi, pada pertemuan yang tidak pasti,
Bagaimana harus diharap, sedangkan syukur pada yang ada belum mampu terukir,
Saban hari mengenang akan perjuangan yang menagih pengorbanan,
Namun tetap teguh saff ini kerana dikuatkan dengan nikmat Iman...
Ya Rahman, basahilah hati ini dengan keikhlasan cintaku kepadaMu,
Agar air mata yang mengalir darinya adalah pelincir langkahku di siratMu,
Lindungilah cinta kami ya Rabbi, kerana cinta ini adalah dariMu untukMu,
Bangkitkanlah kami, dirikanlah kami, temuikanlah kami bersama para mujahidahMu

blog comments powered by Disqus