WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Tiada bumi tak ditimpa hujan


Menghadapi satu cabaran yang tinggi umpama mendaki Gunung Everest tanpa tangki oksigen atau merentasi Lautan Pasifik dengan sampan amat memeritkan. Lebih-lebih lagi apabila bekalan yang dibawa itu tidak mencukupi, apa yang anda ada selain daripada doa dan tawakkal. Penat lelah diharungi bersama, susah senang dan juga pahit getir dirasai tanpa bicara. Semoga ujian kita hari ini akan membuatkan kita lebih tabah untuk menghadapi hari esok. Hari esok takkan bermakna sekiranya kita menghadapinya berseorangan. Wahai kawan-kawan, usah berputus asa... Kekalahan ini akan mengajar kita untuk menang... Kemenangan itu akan mengajar kita untuk bersyukur... Selamat bercuti!

blog comments powered by Disqus