WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Kekadang.....


Kekadang…

Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan untuk meminta,

Kerana Dia sangat mengerti keperluan hambaNya

Kekadang…

Dia mengambil sebelum sempat kita bersedia,

Kerana hendak mengukur tahap keimanan kita kepadaNya,

Pabila permintaan hamba tidak diperkenankanNya,

Bukan bermakna Dia pekak dan tuli dan tidak mendengar rintihan hambaNya,

Ada hamba yang dikasihi dibiar terlantar kesakitan…

Dibiar susah dan miskin,

Kerana cara itulah Dia mentarbiah hambaNya,

Diberi ujian untuk mendekatkan hamba kepadaNya,

Dan melebarkan jalan buat si hamba,

Dalam kembara menuju syurga nan abadi.

blog comments powered by Disqus