WE are UiTM Landscape Architecture Students

Related Posts with Thumbnails

Archive for May 2009




Barang siapa....


Barang siapa yang kebosanan berada di rumah, rajin-rajinlah menghubungi rakan anda dan bertanyakan khabar. Tidak perlu berjimat kredit telefon anda kerana perhubungan yang murni itu amat berbaloi dengan apa yang anda belanjakan. Cakap 20 minit baru sama harga dengan teh ais... jadi renung-renungkanlah dan selamat malam...

Luahan hati............


Hai.......... everyone.. I MISSSSSSSSSSSSSS U ALLL.......

Tribute

POST ini bukanlah bertujuan untuk melaga-lagakan dua insan yang pernah berdiri seiring di dalam pucuk kepimpinan kelas, apatah lagi mempunyai niat tersembunyi untuk mengeruhkan ketenangan air di kali. Sebaliknya, ini hanyalah sedikit nukilan sebagai penghargaan yang lupa untuk diucapkan kepada bekas wakil kelas semasa semester 2 iaitu Ude a.k.a Bos dan Mira selaku pembantu kanannya. Mereka ini pernah mewakili kelas dalam urusan pembelajaran dan juga persatuan dalam jabatan, dan bertungkus-lumus dalam menguruskan hal ehwal studio semasa semester 2. Tanpa persefahaman dan toleransi yang baik di antara mereka ini, mungkin keadaan studio kita diwaktu itu akan diselubungi kekalutan. Watak Ude selaku ketua kelas jelas menonjolkan sifat kepimpinannya yang mengambil berat akan kebajikan anak buahnya, dibantu pula oleh Mira yang sentiasa komited dalam menguruskan hal-ehwal studio. Terima kasih kepada mereka berdua ini yang banyak membantu kita dalam mengharungi cabaran semester 2 lalu.

p/s: sorry kalau cerita dalam artikel ini nampak keterlaluan.

Bukan cerita pasal kucing..


Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Pepatah ini cukup kuat menunjukkan betapa uniknya kucing belang ini, kerana tiada satupun kucing didunia ini yang sama dengannya. Tetapi artikel ini bukanlah hendak membincangkan tentang kucing belang atau jenis-jenis kucing yang lain, tetapi berkenaan keunikan satu perkara berbanding perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengannya. Sebagai contoh rambang, seorang pelajar yang dikurniakan bakat dalam sesuatu bidang melebihi rakan-rakan seperjuangannya, inilah yang dinamakan keunikan. Namun, ini bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian kita. Tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana kita mampu mengambil peluang dalam hal ini untuk memperbaiki diri kita tanpa perlu ada perasaan dengki. Mungkin dengan cara ini, kita akan menjadi seorang pelajar yang lebih baik, dalam masa yang sama mampu memberi persaingan sihat dengan rakan-rakan yang lebih pandai. Sekiranya tidak mampu menandingi mereka pun, sekurang-kurangnya kita tidak diisytiharkan kalah. Kerana orang yang kalah ialah orang yang tidak berani mencuba dan bila tidak berani mencuba kita secara automatiknya akan kalah. Mana-mana ayat pun mempunyai pengertian yang sama.

p/s: bila kebosanan menguasai diri, kita akan menjadi tak keruan

APA KESSS???

SALAM SEMUA..... SELAMAT BERCUTI 2 ALL OF U....

DALAM KITA SEDAP2 BERCUTI NI MASIH ADA YANG DI BAYANGI DENGAN SATU
MASALAH YANG BOLEH DIKATAKAN SERIUS JUGAK DAN BOLEH MEMBAWA KESAN KEPADA SEMUA BUDAK STUDIO YANG LALU....SITUASI BUDAK2 YANG TERBABIT BOLEH DIIBARATKAN SEPERTI 'MAKAN TAK KENYANG , TIDUR TAK LENA, MANDI TAK BASAH' JUGALAH DIBUATNYA SEJAK MULANYA MUSIM CUTI SEM NI... APA TAKNYA....GARA2 DEK MENGABDIKAN DIRI DENGAN STUDIO SAMPAI KE PAGI, RAMAI BUDAK STUDIO TERKANTOI NGAN 'PAK GUARD' PADA MALAM YANG SUNGGUH MALANG 2. TAK SANGKA PULAK KES 2 SERIUS SAMPAI NAK NAIK COURT????...KALAU TAK NAIK COURT PULAK KENA GANTUNG SEM????BIAR BETUL....!! SO, MACAMANA DENGAN NASIB BEBUDAK STUDIO YANG DAH BALIK KAMPUNG???KAMPUNG MASING2 BUKANNYA DEKAT DARI KAMPUS...HOW???MACAMANA NGAN BUDAK DARI SABAH DAN SARAWAK?TERENGGANU DAN KELANTAN?TAKKAN TIADA PERTIMBANGAN BAGI BUDAK2 NI???KALAU ADA SEDIKIT BUDI BICARA DARI PIHAK ATASAN ALANGKAH BAIKNYA....HARAPAN, AGAR KES DI DAPAT DISELESAIKAN TANPA PERLU MASUK MAHKAMAH UITM SUPAYA TIDAK MEMBEBANKAN KEPADA PELAJAR YANG DUDUK JAUH DARI SHAH ALAM.

bila aku kebosaan



aku kebosanan di rumahhhhhhhhh miss u alllllllll............ bila la nak start study niiiiiiiiiiiiii............

"our world"


Ada apa dengan bumi kita? Mengapa perlu diselamatkan? Siapa yang harus menyelamatkan bumi?
Mungkin pertanyaan tersebut sempat terlintas di benak kita pada saat ini,dimana kepanasan cuaca sejak ahkhir2 ini mengalami peningkatan yang melampau. Mungkin banyak dari kita juga yang tidak menyedari bahawa Berkembangnya teknologi dan kreativiti manusia membuatkan, terekploitasinya bumi dan rosaknya kitaran hidupan didunia ini.so apa yg saya ingin sampaikan disini ialah tak kira dimana pun ada berada,tak kira pun siapa anda mari lah kita sama2 selamatkan bumi kita............

Gunung-ganang yang mengganas

Masihkah kau ingat, ketika kita mula-mula bertatih di dalam bidang ini. Berjalan baru dua tiga langkah, kita rebah. Syukurlah ketika itu ada pembimbing yang sanggup memangku kita bangun semula, walaupun selepas itu kita rebah kembali. Kadang-kala, kita rebah dengan kuat sehingga menyebabkan lutut kita berdarah. Waktu itu, perasaan untuk mengalah amat kuat... cukup kuat sehinggakan kita tidak mahu berdiri lagi. Tidak lama kemudian, baru kita sedari bahawa rakan disebelah kita berusaha dengan sedaya-upaya untuk bangun dan berjalan sekalipun kakinya sudah tidak mampu menampung beban lagi. Bagaimana dia sanggup mengambil risiko dengan berusaha berkali-kali, walaupun dia tahu sekiranya jatuh dan tercedera, mungkin dia tidak akan mampu pergi jauh. Apakah yang mendorong sahabat kita itu untuk terus berusaha gigih... sedangkan secara rohaninya dia dan kita tiada jauh bezanya...
Suatu ketika dahulu, ketika jalan belum diperbuat daripada bitumen... rumah belum dibina dengan batu dan sungai masih jernih sehinggakan menampakkan dasarnya... kita banyak bergantung dengan alam semulajadi untuk menjadi survivor. Selepas segala kemodenanan datang, kita lupa dari mana asal kita dan mengkhianati pula alam dengan mengikis sedikit demi sedikit isi perutnya. Jika suatu hari nanti ini semua tiada, dari mana pula kita nak mendapatkan sumber untuk menampung kehidupan yang penuh ranjau ini. Ianya tidak salah untuk mengeksploitasi sumber alam ini, kerana memang telah termaktub bahawa kita dihalalkan untuk mengambil hasilnya. Tetapi sekiranya kita mengambil melebihi daripada apa yang kita perlukan, ini dinamakan sifat tamak haloba. Dan kerana sifat inilah, kita akan melihat kesan yang menyedihkan di masa hadapan.

" kau ratu hatiku "


“Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama..

Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat..

Berbuallah degan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar..

Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya..

Buat semua ibu..”SELAMAT HARI IBU


Los Samwer and yet to be found...


Ketenangan diri haruslah sentiasa dikekalkan agar sifat jahat tersembunyi akan terus tersembunyi dan sifat mulia sedia ada akan terus terserlah. Pertelingkahan diantara dua sahabat lama ibarat jambatan kayu yang roboh. Apalah salahnya sekiranya, jambatan kayu itu dibaiki semula dan ditukar dengan struktur yang lebih kukuh seperti konkrit. Daun kering yang berada di atas sebatang pokok biarkanlah ia berguguran, agar daun baru dapat tumbuh dan memberi nafas baru kepada alam. Maksudnya disini, seperti peribahasa biasa, buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Tiada guna menyimpan dendam selamanya, kerana tiada benda yang kekal selamanya melainkan Yang Maha Berkuasa. Tiada guna dipendam rasa benci, ketika kita berada dalam satu bahtera yang sama. Oleh yang demikian, insan-insan yang bermasam muka, ubahlah pendirian anda. Tiada guna mempertahankan ego sendiri, sedangkan ia memakan diri. Cubalah belajar untuk menegur berbanding ditegur, kerana tangan yang memberi lebih mulia daripada yang menerima. Salam percutian daripada meja lukisan editor...

Final PreSentation


ANNOUNCEMENT...


Kepada sesiapa yang ada pinjam, terambil, terbawa balik, ternampak, tak tersengaja atau sengaja menyimpan buku Plant Material 1001 Garden Plants in Singapore milik Mat Joe..Sila pulangkan dengan kadar segera...dalam buku 1st page da tulis JOE_FZR...Harap Maklum..Xie Xie..